"Rakan Takaful Kenderaan Anda"
Menu Bar
Menu Bar

 

 

KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK(Sila baca Helaian KeteranganProduk ini sebelum anda membuat keputusan memilih “IKHLASPrivate Car Takaful”. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syarat-syaratdi dalam Sijil Takaful ini.)

1)Produk apakah ini?Sijilini memberikan perlindungan ke atas liabiliti terhadap kecederaan atau kematian pihak lain, kerosakan harta pihak lain, dan kerosakanterhadap kenderaan andaakibat kebakaran atau kemalangan atau kecurian kenderaan anda.

2)Apakah konsep Syariah yang digunapakai?•Tabarru’–bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan peserta-pesertadan akan digunakan untuk membantu peserta yang ditimpa musibah. Di dalam konteks pihak Syarikat, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko. •Wakalah –merujuk kepada kontrak di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) membenarkan pihak lain sebagai ejen (wakil) untuk menjalankan tugas tertentu dalam hal-hal yang boleh diwakilkan dengan atau tanpa mengenakan bayaran. Di dalam konteks pihak Syarikat, kamidilantik sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan Perniagaan Takaful dan yuran Wakalah (ujrah) akan dibayar kepada pihak Syarikat.•Lebihan -Pihak Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada lebihan boleh-agih kasar pada setiap akhir tahunkewangan. Walau bagaimanapun, pihak Syarikat boleh mengenakan caj SAC kurang daripada 50% daripada lebihan boleh-agih kasar mengikut budi bicara dan kesesuaian. Sebarang lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan seluruhnya (100%) kepada peserta. Sekiranya jumlah untuk peserta kurang daripada had yang diperuntukkan, maka jumlah berkenaan akan terus disimpan di dalam Dana Risiko atau didermakan kepada badan amal bagi pihak peserta. Kedua-dua had yang diperuntukkan dan pengurusan jumlah berkenaan adalah seperti yang di nyatakan di dalam Polisi Pengagihan Lebihan.

3)Apakah perlindungan-perlindungan /manfaat-manfaatyang ditawarkan?Pelan ini melindungi: (a) Kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga;(b) Kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga;(c) Kerugian atau kerosakan pada kenderaan sendiri yang disebabkan oleh kebakaran atau kecurian yang tidak disengajakan; dan(d) Kerugian atau kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kemalangan.Nota: Senarai di atas akan dilindungi di bawah perlindungan "Komprehensif". Hanya (d) dilindungi di bawah perlindungan "Kebakaran dan Kecurian Pihak Ketiga". Hanya (a) dan (b) dilindungi di bawahi perlindungan "Pihak ketiga"Perkhidmatan Percuma 24 jam Bantuan IKHLASRoad AssistPerkhidmatan percuma 24 jam yang termasuk perkhidmatan menunda akibat kemalangan dan kerosakan, bantuan tepi jalan dan perkhidmatan penghantaran bateri.Manfaat pilihan disediakan dengan tambahan sumbangan:

•Perlindungan untuk Cermin Depan •Perlindungan kemalangan peribadi •Perlindungan liabilitipenumpang; •Perlindungan Bagi Aksesori Kereta Anda; •Kerosakan akibat banjir, ribut, tanah runtuh dan sebarang malapetakaalam; •Mogok, rusuhan dan kekecohan awam.

Nota: Adalah satu kesalahan di bawah undang-undang Republik Singapura untuk memasuki negara tersebut tanpa perlindungan liabiliti penumpangke atas motor takaful anda. Sila rujuk sijil untuk senarai lengkap manfaat pilihan yang disediakan.Tempoh perlindungan ialah selama satu (1) tahun. Anda dikehendaki membaharui sijil anda setiap tahun.

4)Berapakah jumlah Sumbangan yang perlu dibayar?Jumlah Sumbangan yang anda perlu bayar mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor penilaian dalam mempertimbangkan harga. Beberapa faktor risiko termasuk umur, pembuatan kenderaan, umur kenderaan anda,keperluan amaun perlindungan* dan kelayakan diskaun tanpa tuntutan (NCD) anda. Contoh:

Amaun perlindungan adalah berdasarkan nilai pasaran dari sistem penilaian pangkalan data Automotive Business Intelligence(ABI)olehInsuranceServicesMalaysia(ISM)

Nota:Contoh di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.Jumlah sumbangan, tertakluk kepada cukai, levi atau caj yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya.

5)Apakah yuran-yurandan caj-cajyang perlu dibayar?

6)Apakah terma-termadan syarat-syaratutama yang perlu diketahui?Kepentingan Pendedahan •MenurutPerenggan5 daripadaJadual9 AktaPerkhidmatanKewanganIslam2013, jika anda memohon produk takaful ini sepenuhnyauntuk tujuan yang tidak berkaitan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah penjagaan munasabahuntuk tidak membuat salah nyataan semasa menjawab soalan-soalan dalam Borang Cadangan (atau apabila anda memohon untuk produk ini). Anda dikehendaki menjawab soalan-soalan dengan lengkap dan tepat.•Kegagalan untuk mengambil penjagaan munasabah dalam menjawab soalan-soalan mungkin mengakibatkan pembatalan kontrak takaful anda, penolakan atau pengurangan tuntutan, perubahan termaatau penamatan kontrak takaful anda.•Kewajipan pendedahan di atas adalah berterusan sehingga sijil anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami.•Sebagai tambahan kepada soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau apabila anda memohon untuk produk ini), anda dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa perkara lain yang anda tahu sebagai berkaitan kepada keputusan kami untuk menerima atau tidak risiko ini dan menentukan kadar terma yang hendak digunapakai.•Anda juga mempunyai kewajipan untuk segera memberitahu kami sekiranya setelah sijil anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami, apa-apa maklumatyang dinyatakan di dalam Borang Cadangan (atau apabila anda memohon untuk takaful ini) tidak tepat atau telah berubah. Tunai Sebelum Perlindungan •Adalah menjadi asas dan syarat mutlak perjanjian sijil ini di mana sumbangan penuh dibayar dan diterima oleh pihak Syarikat sebelum tarikh perlindungan berkuat kuasa. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sijil ini kecuali sumbangan tersebut dibayar pada atau sebelum permulaan perlindungan.•Anda dinasihatkan untuk membayar sumbangan terus kepada kami, sama ada denganwang tunai, kad kredit atau cek (cek hendaklah dibuat hanya atas nama Syarikatsahaja).Jumlah untuk Dilindungi•Anda harus memastikan kenderaan anda dilindungi pada jumlah yang sepatutnya.Ekses Semua Tuntutan •Jumlah kerugian yang harus anda tanggung jika kenderaan anda mengalami kerugian atau kerosakan.Ekseswajib •Jumlah kerugian yang perlu anda tanggung jika kenderaan anda dipandu oleh seseorang yang tidak dinamakan di dalam sijil,dan/atau di bawah umur 21 tahun dan/atau memegang lesen memandu Sementara (P) atau Percubaan(L)

7)Apakah pengecualian-pengecualianutama yang terdapat di dalam Sijil ini?Sijil ini tidak melindungi kerugian atau kehilangan tertentu, seperti: •Kematian atau kecederaan tubuh badan sendiri akibat dari kemalangan motor*•Liabiliti daripada tuntutan penumpang anda akibat dari kemalangan motor*•Kehilangan, kerosakan atau tuntutan liabilitidari malapetakaalam seperti banjir, ribut atau tanah runtuh*; dan•Kehilangan turutan, susutnilai, haus dan lusuh, kerosakan mekanikal dan elektronik. *Perlindungan untuk yang berikut boleh dilakukan berasingan melalui endorsmen yang ditawarkanNota:Senarai ini bukannya senarai yang lengkap. Sila rujuk sijil untuk senarai penuh bagi pengecualian di bawah sijil ini

8)Bolehkah saya membatalkan Sijil ini?Anda boleh membatalkan Sijil ini dengan memberi notis bertulis kepada pihak kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pulangan sumbangan untuk kadar pro rata bagi tempoh sijil yang belum luput, tertakluk kepada terma dan syarat sijil. Tiada pulangan sumbangan dibenarkan jika ada sebarang tuntutan di bawah sijil ini.

9)Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk dihubungi?Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan pihak kami tentang sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi memastikan semua surat-menyurat dapat disampaikan kepada anda tepat pada masanya.

10)Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?Sekiranya anda memerlukan informasi tambahan mengenai “Motor Takaful”, sila rujuk kepada buku panduan infoinsuransmengenai “Motor Takaful”. Andabolehdapatkan satu salinan daripada pengantara takaful anda atau layari laman web www.insuranceinfo.com.mySekiranya anda memerlukan informasi tambahan, sila hubungi kami di:Takaful Ikhlas General BerhadJabatan Pengurusan Perhubungan Pelanggan,IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5, Bangsar South, No. 8 Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur.